Percaya Tak Bahan Buat Kek Boleh Selesaikan Masalah Ketiak Hitam?

Ketiak Hitam - Malu Nak Angkat Tangan



Berani tak nak angkat tangan tinggi-tinggi macam ni bila dalam kelas ataupun masa meeting dan tiba-tiba anda ada idea hebat untuk di kongsi? Kalau yang tiada masalah dengan ketiak rasanya steady je angkat tangan tu kan..Tapi kalau yang ada masalah ketiak berbau dan warna kulit pada ketiak pun dah tak sama tona dengan kulit lain..Erm..agak-agak malu tak? Cuaca panas sepanjang tahun memang menyukarkan bagi mereka yang ada masalah bau badan berpunca dari bulu ketiak yang tidak dibuang.

Jadi akviti mencukur atau mencabut bulu ketiak perlu dilakukan kerap bagi memastikan kebersihan dan juga menjaga penampilan diri bagi mereka yang memakai pakaian berlengan pendek. 

Menyapu deodorant pada ketiak juga diperlukan bagi membantu mengurangkan bau peluh yang tengik. Namun dua aktiviti ini sebenarnya menjadi punca kulit di bahagian ketiak anda bertukar menjadi hitam. 

Wargh..stress..bertambah lagi masalah walhal nak setelkan masalah sedia ada. Apabila kulit ketiak bertukar warna hitam memang akan jelas kelihatan tona warna kulit yang tak sekata. Keyakinan diri mula berkurangan dan malu untuk mengangkat tangan di khalayak ramai. Tak ke susah kalau nak kenderaan awam kena berdiri, terpaksalah bersandar ke pada kerusi atau dinding bas. 

Mesti kecewa bila masalah ketiak hitam ini tak dapat diselesaikan walaupun dah cuba pelbagai produk. Betul tak?

Tak perlu stress, sempoi media nak kongsikan bagaimana bahan yang biasa digunakan untuk buat kek menyelesaikan masalah ketiak hitam ni dengan kos paling rendah dan yang penting BERKESAN!

Bahan AJAIB ini dipanggil BAKING SODA..Macam pernah dengar kan? Boleh beli di kedai biasa tapi kalau dah ada dirumah tu boleh minta izin ibu anda untuk menggunakannya.

Percaya Tak Bahan Buat Kek Boleh Selesaikan Masalah Ketiak Hitam?

Berikut adalah 2 cara nak putihkan ketiak secara semulajadi:

CARA 1:

1. Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan air secukupnya. Campur keduanya sampai berbentuk scrub.

2. Sapu campuran tersebut 2x sehari setelah mandi. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Sapuan baking soda membantu untuk membuang sel kulit mati pada ketiak menjadikan ketiak lebih putih.

3. Bilas dengan air bersih.

4. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.

Percaya Tak Bahan Buat Kek Boleh Selesaikan Masalah Ketiak Hitam?

CARA KE 2:

1. Campurkan dengan 1 sudu eh baking soda bersama dengan cuka atau perahan lemon/limau nipis.

2. Sapu campuran tersebut pada ketiak, biarkan selama 15 minit hingga setengah kering.

3. Gosok ketiak korang sampai butiran baking soda dan cuka atau perahan lemon/limau nipis bercampur dengan kotoran ketiak. Kotoran ketiak yang terhasil sebenarnya adalah sel kulit mati. 

4. Bilas dengan air bersih.

5. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.

Percaya Tak Bahan Buat Kek Boleh Selesaikan Masalah Ketiak Hitam?

Mudah dan murah kan? Cara ini memang telah diguna pakai sejak lama dulu. Cuma rajin dengan tidak je..Apapun hendak seribu daya tak nak seribu dalih..Selamat mencuba..

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda