Menyayat Hati Hasrat Mangsa Pembunuhan Kejam Berkongsi Hobi Menangkap Ikan Dengan Bapa Tidak Kesampaian

Menyayat Hati Hasrat Mangsa Pembunuhan Kejam Berkongsi Hobi Menangkap Ikan Dengan Bapa Tidak Kesampaian

BATU PAHAT : Hasrat seorang pengawal keselamatan menunjukkan bubu baharu miliknya kepada ayahnya tidak kesampaian, apabila dia diculik dan kemudiannya dibunuh kejam.

Dalam kejadian Rabu lalu, Noor Azee Abdul Rahman, 33, dipercayai dilarikan beberapa penculik menggunakan sebuah van dan mayatnya ditemui kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Ayah mangsa, Abdul Rahman Aziz, 63, berkata, kali terakhir dia bertemu anak bongsunya yang mesra dengan panggilan ‘Kecik’ pada Selasa lalu di Jeti Nelayan Minyak Beku.

Menurutnya, ketika itu arwah beria-ia mengajaknya melihat bubu yang telah dipasangnya bersama rakan-rakan pada hujung minggu ini, setelah dia pulang dari Kuala Lumpur.

“Arwah pendiam tapi manja dengan saya, dia cukup rancak berbual ketika kali terakhir bertemu, bercerita tentang bubu yang telah dipasang beberapa hari sebelum kejadian.

“Walaupun arwah bertugas sebagai pengawal keselamatan, namun disebabkan minat menangkap ikan, dalam masa sama dia juga jadi nelayan sambilan jika ada waktu terluang.

“Saya tak sangka perbualan kami di jeti itu kali terakhir kami berbual... dia telah pergi untuk selama-lamanya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Minyak Beku, semalam.

Tambahnya, sebaik mengetahui arwah telah pulang dari Kuala Lumpur, dia cuba menghubunginya pada pagi Rabu, namun gagal dan mula rasa tidak sedap hati.

Abdul Rahman kemudiannya menghubungi menantunya, Hafizah A Rahman, 33, dan diberitahu arwah menghantar anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja.

“Namun, rasa tak sedap hati saya bertambah apabila kenalan beritahu ada yang tak kena di hadapan rumah anak saya... motosikalnya 'terbaring' dan kunci rumah serta kunci motosikal berada di tanah.

“Terkejut dengan berita itu, menantu saya terus hubungi arwah namun tak berjaya, termasuklah di tempat kerjanya...dan laporan polis terus dibuat tak lama kemudian.

“Misteri kehilangan arwah akhirnya terjawab juga setelah 24 jam laporan kehilangannya dibuat, dia ditemui mati dalam keadaan tertiarap di kebun kelapa sawit, di Jalan Muar-Yong Peng, semalam (kelmarin),” katanya.

Menyayat Hati Hasrat Mangsa Pembunuhan Kejam Berkongsi Hobi Menangkap Ikan Dengan Bapa Tidak Kesampaian

Abdul Rahman berkata, lebih memilukan selain meninggalkan anak kembar berusia 7 tahun, arwah turut meninggalkan isterinya yang kini sarat mengandung dan menunggu hari melahirkan anak ketiga mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, mangsa dilarikan sebelum dibunuh dan motif kejadian masih dalam siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan. Kami turut melakukan tangkapan tiga individu untuk membantu siasatan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda