10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

Durian merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia. Durian yang juga dikenali dengan nama raja buah merupakan buah yang menjadi pilihan masyarakat tidak mengira waktu. Dengan banyaknya  jenis durian yang dijual dipasaran, seringkali banyak  orang awam yang tertipu dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab sehingga mereka perlu membayar dengan harga yang tinggi. 
Untuk kali ini, kami nak kongsi tips dengan anda agar tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertanggung jawab dan anda juga boleh memilih mengikut kesesuaian dan citarasa anda, mari kita lihat bersama jenis-jenis durian yang dijual di Malaysia.

1. Mao Shan Wang/ Musang King
Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit
Warna: Kuning terang
Asal: Kelantan, Pahang dan Johor
Rasa: Manis dan Pahit, Teksttur berkrim.
2. Golden Phoenix
Nama Lain: Jin Feng
Warna: Kuning pucat dan keputihan
Asal: Pahang, Johor
Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam
3. XO
Warna: Kuning pucat
Asal: Johor, Genting, Cameron Highlands
Rasa: Pahit dan lembut, isinya tebal.
Resepi Ayam ButterMilk

4. D24

Nama Lain: Sultan

Warna: Kuning pucat

Rasa: Berkrim dan juga pahit

Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands

5. D13

Warna: Oren

Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.

Asal: Johor, Segamat

6. D1

Warna: Kuning pucat

Rasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan

Asal: Johor

7. D101

Warna: Kuning kusam

Rasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim

Asal: Pahang, Johor

8. Red Prawn

Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay

Warna: Jingga kemerahan

Rasa: Sedikit melekit dan manis

Asal: Pahang, Johor

9. Green Bamboo

Nama Lain: Qing Zhu

Warna: Kuning kusam beserta kehijauan

Rasa: Manis dan isinya mempunyai serat makanan

Asal: Johor

10. Black Pearl

Nama Lain: Hei Zhen Zhu

Warna: Kuning pucat

Rasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil

Asal: Johor

Jadi, setelah kami kongsikan tips ini, anda boleh tahu cara membezakan jenis-jenis durian.


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda