Adakah Jatuh Haram Perempuan Yang Mencegah Kehamilan Menggunakan IUCD, Sekiranya Meninggal Perlukah Dikeluarkan?
Soalan: Apakah hukum seseorang wanita menggunakan 'IUCD' (sejenis alat yang dimasukkan ke dalam sistem peranakan wanita bagi mencegah kehamilan) diatas sebab-sebab kesihatan yang memerlukan jarak kehamilan dilakukan dan apabila wanita itu meninggal dunia. Adakah alat tersebut wajib dikeluarkan dari tubuh badan beliau?
Jika tidak ada alasan yang kuat maka hukumnya makruh". Jadi jika usaha yang anda lakukan untuk menjarakkan kelahiran anak hanya bersifat sementara waktu dan dilakukan dengan sebab-sebab keuzuran atau faktir kesihatan dan lain-lain yang dapat dierima dari segi syarak, maka dibolehkan menjarakkan kehamilan. Seandainya dalam masa memakai alat menjarangkan kehamilan itu wanita tersebut meninggal dunia, maka tidak perlulah menyakiti si mayat dengan bersusah payah mengeluarkan sesuatu yang hukumnya harus atau boleh.
Dengan memegang syarat bahawa tujuan pemasangan alat tersebut hanya bersifat sementara bukan sebaliknya dengan tujuan untuk selama-lamanya yang menyebabkan pemakaian alat tersebut menjadi haram. Wallahu A'lam.
loading...
Comments
Post a Comment