Selalu Rasa Lesu Selepas Makan Tengah Hari? Cuba Cara Ini

Makan tengahari merupakan saat yang paling dinantikan, bukan sahaja ianya masa untuk mengisi perut yang lapar tapi peluang untuk berehat dan berborak dengan keluarga atau kawan-kawan sekerja. Pemilihan makanan yang ingin dimakan penting agar kita tidak terlebih makan dan menyebabkan kelesuan selepas makan tengahari. 

Adakah anda mengalami masalah kelesuan selepas makan tengah hari dan selalu rasa ngantuk? Badan juga tak bertenaga? Perkara ini selalu dihadapi oleh ramai orang.

Bila badan rasa lesu, kerja pun jadi perlahan. Hurm.. Agar tubuh tetap bertenaga, kami akan berikan tips untuk mengurangkan rasa lesu lepas makan tengah hari!

mengantuk tengahari, makan tengahari mengantuk, rehat tengahari mengantuk, sleepy


1. Lakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal dapat meningkatkan aliran darah di tubuh, melancarkan bekalan oksigen dan nutrisi ke rangkaian otot dan meningkatkan tenaga tubuh secara semulajadi. Anda boleh cuba naik-turun tangga selama 5 minit untuk memanaskan badan anda.

2. Mengunyah Gula-gula Getah

Kajian di St Lawrence University mendapati, pelajar yang mengunyah gula-gula getah sebelum ujian mempunyai daya ingat yang lebih baik. Tapi, jangan lakukan secara berlebihan kerana kajian mendapati mengunyah gula-gula getah lebih dari 15 hingga 20 minit menurunkan rangsangan mental.

3. Minum banyak air

Kajian dari Journal of Nutrition mendapati, dehidrasi menyebabkan keletihan, sensitiviti, dan susah menumpukan perhatian. Jadi, jangan lupa minum air di siang hari. Sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari.

4. Mendengar muzik

Mendengar muzik dapat meningkatkan prestasi kognitif. Kajian mendapati, mendengar muzik dapat membuat seseorang menyelesaikan lebih banyak soalan mengikut masa yang ditentukan dan mendapat jawapan yang tepat.

5. Makan dalam kuantiti kecil

Makan terlalu banyak semasa makan tengah hari membuatkan perut kembung. Jadi, makanlah dalam kuantiti kecil dan tunggu sekurang-kurangnya 20 minit untuk makan makanan yang lain.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda