‘Mentang-mentang Ubat Dapat Percuma, RM3,200 Ko Buang Macam Itu Sahaja’

Geleng kepala melihat kerugian bernilai RM3,000 ini di mana ubat insulin ini telah dibazirkan oleh seorang pesakit yang tidak bertanggungjawab. Sedangkan ada ramai lagi pesakit yang lain memerlukan ubat ini.

Jika begini cara rakyat Malaysia ‘menghargai’ subsidi perubatan yang diberi oleh kerajaan, jangan hairan suatu masa kelak subsidi ini akan ditarik balik dan pada masa itu, jangan pula salahkan kerajaan yang kononnya tidak prihatin.
Jadi, pesakit ini dah ambil ubat insulin semenjak tahun lepas. Apparently dia tak guna ubat dia dan tahun ini, bila ubat dah tamat tempoh, barulah dia pulangkan semula kepada farmasi. Mungkin peti sejuk dia dah tak ada ruang nak letak barang. Sebab itu baru dia terasa nak pulangkan. Itu pun kalaulah betul dia simpan insulin seperti yang sepatutnya dalam peti sejuk.

Yes, we could’ve done more. Counselled this patient more, educate him on why insulin is so important for him. Answer his questions regarding his treatment if he has any.

But the bigger question is, kenapa dia tak pernah tanya doktor, jururawat dan ahli farmasi yang dia jumpa hampir setiap bulan? Kenapa masih mengambil ubat walaupun tahu ubat itu tidak akan digunak dan ada bertimbun di rumah?

Sebab free. Sebab dia tak payah bayar untuk ubat. Walau kita dah cetak harga ubat di label, tetapi masih tidak diendahkan. Jadi berapa jumlah keseluruhan kerugian untuk semua insulin ini?

RM3,200++ masuk tong sampah

Dan pesakit ini, walau betapa sakit hatinya ahli farmasi yang menerima ubat insulin yang tamat tempoh ini, dia masih akan mendapat ubat percuma sampai bila-bila.

Ini bukan kes terpencil. I ask other pharmacists to share their stories on how many patients don’t appreciate their meds. This kind of patients rob other patients of a chance to get these meds.

Terima kasih banyak banyak-banyak gomen. Duit cukai rakyat Malaysia dihabiskan pada rakyat yang kufur nikmat seperti ini.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda