Jika Doa Kita Tidak Dikabulkan Cuba Semak Semula 5 Perkara Ni

Jika Doa Kita Tidak Dikabulkan Cuba Semak Semula 5 Perkara Ni

Sebagai manusia, salah satu cara kita meminta sesuatu pada Allah SWT adalah dengan berdoa, tapi kadang kala doa kita tak dikabulkan. Cuba selidik, ini penyebab doa tak dikabulkan, mulai dari kita yang pernah berbuat maksiat hingga dari kandungan makanan yang kita makan selama ini. 

Di kesempatan kali ini, kita akan cuba untuk membahas apa-apa saja yang mampu membuat doa kita tidak didengar oleh Allah SWT. Kerana adalah satu kerugian yang sangat besar bila berpeluang untuk berdoa tetapi doa itu tidak sampai kepada Allah hanya kerana perkara-perkara yang mungkin selama ini kita terlepas pandang.

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa Allah tak makbulkan doa akan sedangkan setiap kali berdoa, anda memohon perkara yang sama.

Di bawah ini dikongsikan 5 sebab utama kenapa doa kita tidak dikabulkan. Jom baca dan perbaiki kekurangan.

5 Sebab Utama Kenapa Doa Kita Tidak Dikabulkan

1) Ada kemungkinan Allah s.w.t tidak kabulkan doa kita kerana dosa yang telah kita lakukan. Ada hadis dari Rasulullah s.a.w dalam Sahih Muslim menceritakan tentang bagaimana Allah tidak memakbulkan doa seseorang akibat orang tersebut memperolehi rezeki yang tidak halal.

2) Mungkin juga kita berdoa meminta sesuatu untuk perkara yang haram. Contohnya jika kita berdoa untuk mendapatkan kekayaan. Tetapi niat kita dengan kekayaan itu nanti kita boleh berpoya-poya atau menggunakan wang tersebut untuk sesuatu yang tidak elok. Allah pasti tahu niat kita, kerana kasih dan sayangNYA kepada kita, maka doa kita tidak dikabulkan kerana DIA mahu melindungi kita dari tersesat ke jalan yang tidak diredhaiNYA.

3) Apa yang kita doakan atau mohon itu mungkin tidak baik atau tidak sesuai untuk kita. Setiap kali berdoa, kita yakin apa yang kita minta itu adalah yang terbaik untuk kita. Namun Allah tahu apa yang kita mohon itu tidak sesuai untuk kita, jadi DIA tidak akan kabulkan permintaan kita. Contohnya kita minta untuk disatukan dengan orang yang kita cintai. Tetapi Allah tahu insan tersebut tidak sesuai untuk kita jadi doa kita tidak dikabulkanNYA

4) Kemungkinan Allah telah menyediakan untuk kita sesuatu yang jauh lebih baik di akhirat nanti. Apa yang kita doa dan mohonkan mungkin sekadar harta dunia semata-mata sedangkan Allah ingin memberikan ganjaran pahala yang lebih bernilai di akhirat nanti.

5) Berkemungkinan juga Allah akan kabulkan juga doa kita nanti cuma DIA menangguhkannya seketika. Mungkin Allah mahu kita menjadi seorang hamba yang dekat kepadaNYA. Yang sentiasa ingat kepadaNYA. Allah mahu kita terus sujud dan memohon kepadaNYA. Mungkin juga Allah ingin menguji kita. Bukankah Allah mencintai orang yang sabar dan redha dengan ketentuanNYA.

Sentiasalah bersangka baik pada Allah. Teruskan berdoa dan memohon kepadaNYA. Doa untuk perkara yang baik dan yakinlah bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Jika Doa Kita Tidak Dikabulkan Cuba Semak Semula 5 Perkara Ni

Dalil yang membuktikan sebab munasabah doa kita tak dimakbulkan:

• Hadits hasan yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, masuk dalam kumpulan hadist no. 3479
Isi hadits ini adalah sebaiknya kita berdoa kepada Allah dengan keadaan yakin bahwa Allah pasti akan mengabulkannya, dan Allah sesungguhnya tidak akan mengabulkan doa jika doa tersebut datang dari orang yang memiliki hati lalai.

• Hadits yang diriwayatkan oleh Muslim, dan ada pada nomor 1015
Hadits ini menceritakan tentang pengaruh makanan yang haram bagi doa seseorang. Ini sesuai dengan firman Allah mengenai bagaimana para rasul harusnya mengambil makanan yang baik, dan tidak salah lagi bahawa ini penyebab doa tak kunjung dikabulkan.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda