Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden

Dapur Moden Dr Muhaya

Dapur merupakan ruang peribadi bagi ramai wanita di mana setiap sentuhan kreatif mestilah mengikut idea mereka. Pelbagai jenis tema sama ada klasik mahupun moden ramai wanita sentiasa mengidamkan ruang dapur yang luas selesa untuk menyediakan masakan untuk sekeluarga. 


Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden

Kita berpulang untuk menjejak kan kaki ke dapur seorang penceramah dan juga doktor mata. 
Tatkala memasuki ruang dapur milik Dr. Muhaya, setiap tetamu yang bertandang disambut dengan rona yang berkilau keemasan. Kemasan akrilik jenis A yang dipilih ternyata menyerlahkan suasana dapur yang mewah dan mendamaikan. 

Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden

Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden

Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden

Ini lantaran rona emas kekuningan yang dipilih memaparkan kelembutan yang seterusnya menyuntik ketenangan kepada pemilik kediaman dan tetamu yang hadir. Mendapat sentuhan pereka daripada D Format Cabinet Shop, Dr. Muhaya mula tertarik dengan rekaan almari pakaian milik anaknya. Reka bentuk yang menawan dan kemas serta sikap pereka yang profesional membuatkan beliau jatuh hati dengan rekaan daripada D Format itu.

Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden

Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden

Ruang dapur yang luas membolehkan pelbagai dekorasi moden diperkenalkan kepada dapur klasik Dr. Muhaya. Kabinet pinggan yang tersusun dan tertutup memastikan kebersihan dan juga susunan barang-barang yang kelihatan formal. Susunan yang memudahkan proses mengambil dan menyimpan membantu Dr. Muhaya yang sibuk dalam kehidupan sehariannya. 


Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden


Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden

Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden

Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden

Tiada perkara yang lebih hebat daripada dapat menghabiskan masa makan berbual dengan keluarga. Pemilihan tona warna yang cerah membuatkan kita rasa selesa dan pastinya Dr. Muhaya lebih arif dengan warna-warna yang membantu penglihatan ketika di dapur dan juga memberikan pesona kepada mereka yang menjejakkan kaki ke dapurnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda