Pekerja Wajib Tahu Perbezaan Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP Sebelum Persaraan

Perbezaan Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP. Umum sedia maklum yang KWSP akan memperkenalkan simpanan persaraan yang berkonsepkan Syariah bermula 1 Januari 2017 iaitu Simpanan Shariah

Pendaftaran telah dibuka dari 8 Ogos 2016 sehingga dana awal yang diperuntukkan habis. Ianya adalah salah satu pilihan untuk ahli KWSP beralih dari Simpanan Konvensional yang sedia ada sekarang. 


Difahamkan, dalam tempoh 30 minit kaunter dibuka, KWSP telah menerima sebanyak 5,000 pemohon di seluruh negara.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan ketika ditemui media di Ibu Pejabat KWSP di Jalan Raja Laut, hari ini.

Untuk pengetahuan, apakah yang dimaksudkan dengan Simpanan Shariah KWSP?

Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah.



Antara ciri-ciri Simpanan Syariah adalah;

– Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah.

– Manakala kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

– Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah.

– Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS).

Menurut Shahril Ridza, sebanyak RM100 bilion dana diperuntukkan untuk Simpanan Syariah iaitu 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion yang direkodkan setakat Mac lalu dan ia berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’.

Oleh itu apakah dia perbezaan diantara Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP?


Pekerja Wajib Tahu Perbezaan Simpanan Shariah Dan Konvensional KWSP Sebelum Persaraan


Selain itu, beza di antara simpanan konvensional dengan Simpanan Syariah tidak begitu banyak cuma bezanya jika mana-mana pemegang akaun mendaftar sebagai Simpanan Syariah, mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan mengikut syariah yang telah ditetapkan.

Contohnya, kadar dividen bagi Simpanan Konvensional adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah). Manakala bagi Simpanan Shariah pula kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum.

Selain daripada perkara itu, pemegang akaun Simpanan Syariah akan masih menikmati kelebihan yang sama seperti Simpanan Konvensional.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda