Ini Sebab Kenapa Kita Dilarang Menghina Makanan Yang Tak Sedap? Dah Tahu Sebarkan..


Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda

Islam menganjurkan umatnya menghargai nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan melarang mencelanya. Antara nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap makhlukNya ialah makanan.

Makanan itu suatu nikmat yang sangat penting bagi manusia, kerana manusia perlukan makanan untuk hidup. Makanan itu pula ada kalanya disukai, sedap dan menyelerakan dan ada kalanya pula sebaliknya. Apabila dihidangkan dengan makanan yang tidak disukai, tidak sedap dan tidak menyelerakan, ada kalanya seseorang itu tidak dapat menahan diri daripada mencela makanan tersebut.
Larangan Mencela Makanan

Imam al-Ghazali Rahimahullah berkata dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin bahawa seharusnya seorang muslim itu redha dengan rezeki dan makanan yang ada. Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela, cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya.

Dalam hal ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan contoh terbaik yang patut diteladani. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:ﻣَﺎMaksudnya:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak sekali-kali mencela makanan. Jika Baginda menyukainya Baginda memakannya, dan jika Baginda tidak menyukainya Baginda akan meninggalkannya (tidak memakannya)”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata:

Maksudnya:
“Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mencela makanan. Sesungguhnya apabila Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan apabila Baginda tidak menyukainya Baginda diam.”
(Hadits riwayat Muslim)

Berdasarkan hadits di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa makruh mencela makanan yang halal dimakan. Adapun makanan yang haram pula maka bolehlah dicela dan melarang orang lain memakannya.

Imam an-Nawawi Rahimahullah berpendapat bahawa antara adab makan yang penting untuk dijaga ialah tidak mencela sesuatu makanan yang dirasakan tidak sedap atau tidak menepati cita rasa; umpamanya mengatakannya masin, masam, kurang garam, cair, tidak cukup masak dan sebagainya.

Sebahagian ulama mengharuskan mencela makanan jika ianya bertujuan untuk mengkritik cara masakannya, bukannya bertujuan untuk mencela makanan tersebut. Bagaimanapun, menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalaani Rahimahullah, larangan mencela makanan tersebut adalah umum kerana mencela masakan seseorang boleh melukakan hati orang yang memasaknya. Akan tetapi jika ianya bertujuan untuk kebaikan masa hadapan, iaitu supaya masakan tersebut dapat diperbaiki maka tidaklah menjadi kesalahan menurut sebahagian ulama.

Jika dihidangkan sesuatu makanan sedangkan makanan tersebut tidak disukai ataupun tidak pandai memakannya, maka diperbolehkan menolak dengan mengatakan: “Saya tidak menyukaimakanan ini” atau “Saya tidak biasa atau tidak pandai memakannya” atau dengan apa jua ungkapan yang seumpamanya.

Ada satu perbuatan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang dipanggil taqrir. Taqrir ni bermaksud, apabila ada sahabat yang buat sesuatu, Nabi nampak tapi tak tegur, tak larang, tak halang, tak hina, tak salahkan, dan Nabi tunjuk yang beliau okey. Walaupun beliau sendiri tak buat ataupun tak suka.

Ini salah satu kisah berkaitan.

Sahabat Nabi Muhammad bernama Khalid al-Walid, pada suatu hari beliau nak makan daging dhab yakni biawak padang pasir. Dhab panggang itu dihidangkan oleh Hufaidah Binti al-Harith, ibu saudara seorang lagi sahabat Nabi iaitu Ibnu Abbas.

Mula-mula, daging tu dihulurkan juga kepada Nabi. Nabi nak ambil, tetapi ada seorang lagi tetamu perempuan cakap, “Beritahulah Nabi, itu daging apa.”

Yang lain menjawab, “Itu daging dhab, wahai Rasulullah.”

Nabi tak jadi ambil.

Khalid al-Walid pun bertanya, “Mengapa kau tak ambil daging itu, wahai Rasulullah? Adakah ia haram dimakan?”

Nabi jawab, “Tak haram, tapi ia tak ada di tempat kaum aku lalu aku berasa geli.”

Khalid al-Walid pun makan daging dhab itu dan Nabi pun tak melarang.

(Rujukan: Hadith Muslim no. 3603)

Satu lagi hadith berkaitan,

Ibnu Umar memberitahu, Nabi Muhammad pernah ditanya mengenai dhab. Beliau menjawab, “Aku tidak memakannya tetapi aku tidak mengharamkannya.” – Hadith no. 3598.

Daging dhab, Nabi hanya kata beliau geli nak makan sebab tak biasa. Tapi Nabi langsung tak hina, tak cerca, tak komplen. Sebab, ia halal. Ia rezeki untuk orang lain.

Makanan adalah nikmat kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang patut dihargai dan disyukuri dan jangan sekali-kali ianya dicela. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan manusia contoh dan ikutan terbaik yang patut diteladani. 

Apabila makanan yang dihidangkan kepada Baginda itu disukainya, Baginda akan memakannya dan malah akan memuji makanan tersebut walaupun yang dihidangkan itu hanyalah cuka. Manakala jika makanan itu tidak disukainya ataupun Baginda tidak pandai memakannya, Baginda akan diam dan meninggalkannya ataupun menolaknya dengan penuh kesopanan.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda