Kisah Pengorbanan Anak Sulung Dan Pentingnya Jaga Hubungan Baik Dengan Adik Beradik. Mohon Kongsikan Kisah Ini...

Dilahirkan sebagai anak sulung memang besar tanggungjawab yang harus dipikul. Maka tidak hairan lah ramai anak sulung rela berkorban demi adik-adik yang lain. Antaranya sanggup melupakan keinginan sendiri seperti melanjutkan pelajaran, berkahwin dah sebagainya demi membantu keluarga.
Kisah Pengorbanan Anak Sulung Dan Pentingnya Jaga Hubungan Baik Dengan Adik Beradik. Mohon Kongsikan Kisah Ini...

Kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengundang rasa simpati netizen. Kisah seorang kakak yang mempunyai 6 adik yang dijaga dengan begitu baik sehinggakan pengorbanan beliau tidak mungkin akan dilupakan.

Selesai Pembedahan Kanser Ovari

Saya mengambil fail katil 24, wad 1U. Pesakit ini berumur 65tahun. Didiagnos dengan kanser ovari. Beliau baru selesai menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di rahimnya.

Kelihatan seorang wanita di kerusi pelawat. Di tangannya terdapat sehelai tuala kecil yang dibasahkan dan digunakan untuk mengelap wajah dan leher pesakit katil 24 ini. Saya jangkakan itu adiknya dek mirip wajah yang hampir serupa dengan pesakit.

"Assalamualaikum. Puan waris pesakit?" tanya saya kepada wanita muda tadi.

"Ya,ini kakak saya." Betul sekali tekaan saya.

" Puan M dah boleh mula ambil 'clear fluid' hari ni. Bolehlah cuba beri air barli, laici atau air zamzam. Kalau tak air kosong sahaja pun tak apa. Malam ni kalau nampak stabil, kita mulakan dengan susu ya." jelas saya kepada waris pesakit.

Setelah menerangkan regim susu, saya beransur ke katil lain. Esoknya saya kembali ke katil 24 untuk memantau perkembangan pesakit. Ada seorang lelaki yang berumur 50an di sisi sedang membaca suratkhabar. Gayanya seperti orang ada ada.

Pengorbanan Besar Kak Long

"Assalamualaikum Tuan. Saya dietitian. Puan M dah start ambil susu ke semalam?" tanya saya tersenyum manis.

" Eh! Saya tak pasti. Saya baru datang. Semalam adik saya jaga. Ni saya pula datang ganti. Petang nanti adik yang seorang lagi pula datang ganti." jawab Tuan berjam TagHeur.

" Ermmm.. takpalah. Mudahnya beginilah. Sebab ramai penjaga, saya cadangkan Tuan dan penjaga buat catitan sikit pengambilan diet pesakit. Saya beri kertas sehelai, mohon catit jumlah pengambilan.Dam regim yang perlu diberi."

" Mudah begitu untuk pastikan kami dapat rekod yang betul dan pihak penjaga juga tahu regim diet yang betul." Terang saya panjang lebar.

" Baiklah. Saya catatkan regim susunya dan pengambilan. Nanti adik saya ganti saya maklumkan." jawab Tuan itu lagi.

Mereka 7beradik. Puan M kakak yang sulung. Semasa hayat, kakak mereka yang banyak membantu membesarkan adik-adiknya. Adik-adik masing-masing berkerjaya. Tinggal di serata Malaysia. Malah ada di luar negara.

Namun apabila mendapat khabar kakak sakit, masing-masing kembali ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk menabur bakti pada kak long yang disayangi.

" Masa kami kecil, kak long yang banyak jaga kami. Mak ayah sibuk berniaga di pasar cari duit. Bila dapat masuk universiti luar negara pun dia tolak demi adik-adik. Masuk maktab saja sebab dekat. Masa mak sakit dan meninggal, Kak Long yang banyak uruskan. Kini, bila dia sakit takkan kami nak biarkan."

Pentingnya jaga hubungan baik dengan adik beradik

"Dulu Kak Long yang suapkan kami makan. Cebokkan kami, mandikan kami. Dan tengokkan buku sekolah kami. Jadi manusia kami ni sebab Kak Long juga. Yelah..Ayah mak sibuk menjaja cari duit untuk kami bertujuh."

" Kami gilir-gilir jaga kak long. Dia tak bagi kami balik. Katanya sakit sikit aja. Katanya misi doktor ada. Apa nak risau."

" Kak Long, macam tu lah. Semuanya tak apa.Diri sendiri sakit pun masih fikirkan kami ni yang sudah punya anak cucu sendiri."

Teringat saya pada adik saya yang enam. Apakah tiba saat begini, akan ada yang datang menjenguk.

Teringat pesan Ummi saya semasa kecil

" Main elok-elok. Jaga hati adik beradik baik-baik. Nanti besar Abu Ummi takde, awak semua kena bersatu. Kawan boleh datang dan pergi. Tapi adik beradik ada yang itu saja."
"Masa kita susah, tak tentu kawan nak tolong. Kalau ada, untung.Tapi adik beradik, susah senang Insyaallah pasti bersama. Tapi kena jaga hubungan dari kecil. Kalau tak, esok lusa Abu Ummi tak ada, bercakap pun tidak."

Sungguh. 

Tiba-tiba rindu sangat saya pada adik-adik yang berenam. Terutama yang terpisah dek lautan dan benua.

Kakak Ruqayyah
Kak Long Bertam Ketam
loading...

0 comment... add one now